Asam Pedas Ayam Kampung - Mia Liana

Monday, April 24, 2017

# Dari Dapur Mia

Asam Pedas Ayam Kampung


Hmmm... hari ini Mia masak asam pedas ayam kampung petang tadi bila sampai Johor Bahru.

Ayam kampung dari kebun. Ayah Mia yang sembelih pagi tadi. Kiranya ayam organik sebab ada bagi makan rumpai azolla.


Rencah yang diblender mengandungi bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit.  Sebelahnya lada merah yang dah diblender. Mia tak guna cili kering sebab nanti pedas sangat. Jadi, Mia guna lada merah.

Makanya terus digoreng dalam kuali sehingga garing dan kemudian bubuh daun kesum, garam, air asam jawa dan sedikit gula. Lepas itu, masukkan ayam kampung.

Gaul rata hingga sebati

Masukkan air dan didihkan agak lama sedikit untuk empukkan ayam kampung. Jangan lupa masukkan bunga kantan.

Dah siap.

Sedia dihidang.

Rasa bestnya makan dengan nasi panas. Sofea pun boleh makan sebab tak berapa pedas. Syukur... rezeki dari kebun.

Resepi dan cara-cara nak masak asam pedas ayam.. Mia ada cerita kat SINI.

** rasanya lagi ummmphhh dari ayam biasa...

7 comments:

  1. Selalu masak pakai ikan je .. tak pernah lagi merasa asam pedas ayam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali cubalah ayam pula ya... sedap tau..

      Delete
  2. Enaknya ayam kampung masak asam tak berapa pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada sofea.. tu yang tak berapa pedas.. semua leh makan..

      Delete
  3. ayam kampung memang kita tak pernah masak kak..kalau ayam bando selalu la
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. waaa... ayam pon ade masak asam pedas.. boleh try nihh..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia..wah !! kalau hubby mama mmg suka mkn ayam kg ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete