image Lines | Single Terbaru Seven Collar T-Shirt - Mia Liana

Saturday, 20 January 2018

# Entertainment Matters

Lines | Single Terbaru Seven Collar T-Shirt



Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018. Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya. Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4 

SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee. Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010. 

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.


** press release...

2 comments: