image Penuh Tusyen Tahun Ni - Mia Liana

Saturday, January 6, 2018

# Family Matters

Penuh Tusyen Tahun Ni



Kisah si comel Sofea pula kali ini. Seperti orang lain juga, Mia pun sibuk menyiapkan urusan Sofea naik sekolah. Aktiviti bayar yuran, beli buku, alatulis, kelengkapan sekolah, menyampul buku... complete Mia uruskan. 

Bila dah naik darjah 3 di kelas yang lebih baik, sebenarnya amat risaukan Mia takut Sofea tak boleh catch up matapelajaran yang diajar oleh cikgu dan juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan rakan sekelas.

Fikir punya fikir, betul-betul masak, akhirnya Mia masukkan Sofea untuk tusyen matapelajaran BM, BI, Maths dan Sains. Sofea yang nak. Dia semangat betul nak belajar dengan kawan-kawan di kelas baru ini.

Bertambahlah tusyen baru yang ini buat Sofea selain tusyen private, belajar mengaji dan solat diteruskan lagi untuk tahun ini.

Moga Sofea dapat belajar dengan baik pada tahun ini... amin...

** nak yang terbaik untuk Sofea...

10 comments: