image Petua Imam Syafie : Empat Perkara Untuk Sihat - Mia Liana

Monday, 7 May 2007

# Tazkirah

Petua Imam Syafie : Empat Perkara Untuk Sihat

4 Perkara Menguatkan Badan
  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas

4 Perkara Melemahkan Badan

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam

4 Perkara Menajamkan Mata

  1. Duduk mengadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih

4 Perkara Merosakkan Mata

  1. Memandang najis
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat

4 Perkara Menajamkan Fikiran

  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama

4 Cara Tidur

  1. Tidur Para Nabi - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
  2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah - miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
  3. Tidur Para Raja Yang Haloba - miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  4. Tidur Syaitan - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

No comments:

Post a Comment