Akhirnya, Fatin Hanani menghantar gambar pada Mia. Mia pun faham dia sibuk dengan exam sebelum ni. Biar lambat asalkan hantar seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Contest Pengkomen Terbanyak. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Wahhh! Bergaya sakan Fatin ni, siap demonstrasi cara-cara nak makan pil Vitamin C ni. Posing  baik dengan hadiah yang diterima berupa produk CNI, 1 kotak Royal Jelly Vita C 100 tablets sumbangan mycni2.blogspot.com. Jangan tak makan ya... Sibuk macam mana pun kesihatan perlu dijaga. Vitamin C ni pula sesuai benar untuk mereka yang tidak makan sayur. Harap Fatin suka dengan hadiah yang diterimanya.

Jom kita tengok model baru kita ni.... zassss....




Fatin Hanani ni blogger yang ramah dan mesra orangnya. Rajin betul dia masuk contest sana sini. Tidak hairanlah kalau dia amat dikenali di dalam dunia blogging ni. Dia juga pernah memenangi dalam tempat kedua Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang Mia anjurkan. Tahniah ya.. Fatin memang seorang yang bertuah. Usaha Fatin komen blog Mia selama ini kini tidak sia-sia kerana merupakan Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak Bulan Jun 2010. Fatin juga ada membuat entri khasnya yang bertajuk Hadiah Ke2 dari Kak Mia =>.

Semoga apa yang kita inginkan akan beroleh kejayaan dan keberkatan di masa hadapan. Salam ukhwah dari Mia...

p/s: lega....semua Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak Untuk Bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2010 telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih ya...