Pada hari Rabu, 9 Februari 2011 sehingga hari Jumaat 11 Februari 2011 yang lepas, Mia telah mengikuti Kursus Pengurusan Stor yang dianjurkan oleh Yayasan Amanah Latihan Berkanun dengan kerjasama Unit Latihan Dan Kompetensi LPNM dengan Bahagian Kawalan & Pemantauan Perbendaharaan Malaysia dan Hilander Resources Sdn Bhd. Bertempat di MPC, Bandar Baru UDA.

Kursus ini disampaikan oleh En. Badarudin Dahlan. Peserta-peserta kursus merupakan kakitangan LPNM di seluruh Malaysia yang terlibat secara langsung dengan pengurusan stor. Banyak yang kami pelajari tatacara / prosedur yang betul dalam menguruskan stor Kerajaan meliputi :
  • Bab A - Penerimaan
  • Bab B - Merekod Sok
  • Bab C - Penyimpanan
  • Bab D - Pengeluaran
  • Bab E - Pemeriksaan
  • Bab F - Keselamatan dan Kebersihan
  • Bab G - Pelupusan
  • Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
Yang paling berharga sekali ialah apabila dapat memahami sepenuhnya penggunaan Borang-Borang Kew. PS nombor 1 hingga  22. Kalau belajar sendiri memang payah nak faham. 

Apa-apa pun best la sebab dapat jumpa rakan-rakan sekerja di pejabat-pejabat negeri lain. Bila dah jumpa, waktu makan paling best nak berborak-borak. Ada-ada sahaja yang nak diceritakan. Seronok sangat sampai ketawa sakan. Opppss... cerita apa? Eh! rahsia.... Jamuan makan ada 3 kali sehari, minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Bertambah tembam lah Mia lepas ini. Satu lagi kalau berkursus ini, kena lah pandai cari lokasi yang strategik. Mia duduk dengan Wani, Fidah dan Asmat... 2 baris dari belakang dan dekat pintu.

Jom tengok gambar-gambar semasa kursus.... zasss...











p/s: paling best bab makan.... pelik betul terus hilang ngantuk...