Petang-petang waktu lepas balik kerja, dalam keadaan hujan... memang sedap kalau minum teh panas dengan jemput-jemput (cekodok). Apalagi... jom kita ke dapur.

Masakan yang simple dan cepat. Mia gaulkan tepung gandum dengan garam dan campurkan sekali hirisan bawang. Kemudian dicampurkan separuh adunan tadi dengan air panas dan separuh lagi dengan air sejuk. Biar lembut, senang Sofea nak makan. Boleh dipelbagaikan dengan dicampur pisang, kentang, ikan bilis dan sebagainya.

Sebelum goreng, Mia celup sudu ke dalam minyak terlebih dahulu supaya tidak melekat. Sesi menggoreng kena hati-hati, Sofea suka sangat nak tengok apa yang mak dia masak. Selepas ditoskan minyaknya, jemput-jemput tadi dihidangkan dengan sos cili. 







Memang sedap dimakan panas-panas sambil santai-santai tengok televisyen. Kenyangnya...