Menangis, air mata berderai tak henti-henti. Menahan sakit sampai tak terkeluar suara apabila ibu jari kanan Mia tersepit kat pintu kereta. Punya lah sakit dan berdenyut-denyut...

Kisahnya begini, petang tadi masa Suami Mia sedang duduk-duduk dalam kereta, panaskan enjin. Mia berhenti buat assignment kejap, pergi masuk dalam kereta dan duduk hadapan sebelah penumpang. Borak-borak dalam kereta dan berbincang nak pergi Giant selepas itu. Mia pun keluar nak pergi siap-siap. 

Entah macam mana... masa tutup pintu, ibu jari tangan kanan ni boleh tersepit pula. Terkejut besar Mia bila lihat  jari dah tersepit. Sakitnya tak tertanggung. Cepat-cepat guna tangan kiri untuk buka pintu. Terasa kebas sangat. Suara tak terkeluar, nak minta tolong suami. Hanya boleh buat memek muka minta tolong. Suami Mia terus bergegas cepat-cepat dan tolong tiupkan tangan Mia dan sapukan minyak Wak Dakam. Lama jugalah Mia menangis sebab sakit sangat. Agak lama juga baru reda, tapi timbul lebam di bawah kuku dan jari bengkak tidak boleh dibengkokkan. Inilah kali pertama jari Mia tersepit pintu, sebelum ni tak pernah pun.

Hmmm.. dugaan ketika buat assignment untuk semester ini. Kalau bengkak tak susut juga, nampak gayanya esok Mia kena pergi check kat klinik. Banyak aktiviti di rumah, ditangguhkan sementara waktu. Suami Mia pula terpaksa masak untuk makan malam hari ini. Terima kasih ya suamiku..

Jom tengok gambar yang baru sahaja suami Mia ambil tadi untuk dimuatkan dalam entri ini. zassss......






p/s: Rindunya pada Sofea. Minggu ni Sofea di kampung Batu Pahat dengan atuk dan nenek (mak dan ayah Mia).