Kisah Sofea Pada Hari Ini...

Semalam petang, Sofea mula muntah balik. Apa yang dimakan semua keluar. Mak dan ayah Mia dari Batu Pahat datang melawat Sofea malam tadi. Bantu Mia berikan Sofea ubat. Tak lama selepas itu semua ubat pun terkeluar juga. Sehinggalah pukul 3.00 pagi tadi, Sofea bangun merengek, rupanya demam panas balik. Suami Mia pula yang jaga Sofea, mandikan Sofea dengan air sejuk dan suapkan Sofea makan biskut. Sofea tidur tak berapa lena sehingga pagi.

Pagi tadi, bangun je tidur memang Mia nak pergi kerja, tapi Pak Amin telefon beritahu Mak Semah pun tak sihat juga, muntah-muntah dan cirit-birit. Terpaksalah cuti untuk jaga Sofea. Suami Mia pula memang tidak tidur sepanjang malam tadi, jaga Sofea. 

Memandangkan keadaan Sofea semakin teruk, kami pun bercadang pergi ke klinik homeopati di Kulai jam 8.45 pagi tadi sebagai alternatif kedua. Ubat homeopati tiada rasa, jadi mudahlah nak berikan pada Sofea. Cakap sahaja air masak, nanti dia minumlah. Tidak boleh guna picagari nanti Sofea tahu itu ubat, jadi terpaksalah guna cawan untuk minum ubat. Alhamdulillah, Sofea sudah tidak muntah lagi sehingga petang ini dan demamnya sudah hampir sembuh. 

Kini, Sofea dah semakin ceria... siap nyanyi-nyanyi lagi sambil tengok televisyen. Doa sangat agar Sofea dapat sembuh sepenuhnya... Amin... 

Sofea ketika hendak pergi ke klinik homeopati pagi tadi 

 4 jenis ubat yang dimakan sebelum ini

2 jenis ubat homeopati. Ubat no 1 perlu diminum setiap setengah jam. Bila dah habis perlu disambung dengan ubat no 2, setiap 4 jam.

p/s: Ingatnya kalau hari ini Sofea tidak beransur sembuh lagi, nak pergi cuba klinik pakar kanak-kanak pula. 

Post a Comment

14 Comments

  1. it happened to my son dulu. Sesudu air masak pun boleh keluar semua.. kesian betul.

    ReplyDelete
  2. banyakkan minum air ye baby...cepat2 sembuh dan ceria selalu..

    ReplyDelete
  3. alaaa siannya dia.. harap2 dia cepat sembuh ya.....

    ReplyDelete
  4. memang dah musim kot..take care sofea lebih sikit..kalau x baik baik jumpa pakar..

    ReplyDelete
  5. harap sofea sihat sepenuhnya ya..amin..

    nanti leh main chak2 ngan saya lak yer..haha

    ReplyDelete
  6. @Yan tu la. memang kesian betul.. asyik melepek je kalau dah terkeluar semua...

    ReplyDelete
  7. @kpah k-poh memang kena banyak minum air. tapi masalahnya kak pah, sofea taknak minum air sangat... tekak takde selera agaknya... tu yang susah skit ...

    ReplyDelete
  8. @nadilah tu la. ni sekarang nasib dah sembuh. ramai juga budak yang tengah musim demam sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. @~Nana 귀여운~wahhh.. terima kasih ya.. kalau sembuh, bukan setakat main chak2 aje.. siap nyanyi dan joget sekali... :)

    ReplyDelete