Mula-mula Sofea cakap nak lukis robot. Mia kata lukislah, maklumlah tengah sibuk kat dapur dengan ayahnya. Dicapainya kertas A4 sehelai yang ada kat printer dan terus tekun melukis. Mia jeling dari dapur.

Dalam hati. Bagusnya Sofea. Senyap. Masa dia lukis itu tiada siapa pun tengok. Lukis seorang diri. Tak buka tv atau ngadap handphone. Katanya nak surprise.

Tup-tup bila dah siap dibawanya lukisan ke dapur. Tersentuh jiwa ini. Pandainya dia lukis. Lukisan yang tercantik setakat ini.


Katanya ini robot dia. Pandai pula dia imagine. Sebijik pula tu dengan robot Adudu tapi yang ni versi warna-warni. Siap ada rumput warna hijau yang dipijak. Tinggalnya pula kat menara Rapunzel. Ada bunga kat atas menara tu. Pengaruh kartun ni. 

Rasa teruja sangat macam nak frame je lukisan ini. Sangat cantik bagi kanak-kanak berusia 5 tahun. Hasil lukisan dia 100%..

minat melukis ni...