Semasa menghadiri latihan di SINI untuk persiapan MAHA 2026, Mia dan Siti menginap 3 hari 2 malam di Fraser Residence Putrajaya. Hotel ini baru sahaja dibuka pada 18 Ogos 2026. Alhamdulillah... setelah penat menjalani latihan dan menyelesaikan tugasan di Pejabat LPNM Selangor, pulang ke bilik hotel yang selesa ini memang satu ketenangan (healing) yang amat disyukuri.
Jom tengok review dari Mia...

Pendek kata... Bilik yang tenang, nyaman, dan tidak menjemukan sememangnya sudah menjadi satu kemestian, terutamanya untuk penginapan jangka masa panjang. Suasana sebegini rupa pastinya membuatkan kita rasa seperti berada di rumah sendiri. Home sweet home.
Seterika dan papan seterika merupakan perkara Mia akan check dahulu apabila mula-mula masuk bilik hotel. Mujurlah hotel ini menyediakan seterika jenis wap yang memudahkan pakaian digosok dengan cepat, kemas, dan licin.
Pemandangan malam yang bermandikan cahaya lampu warna warni di sekitar tasek depan hotel ini. Ramai yang santai-santai malam-malam di sini.
Sempat snap gambar ni saja semasa sarapan pagi. Sedap-sedap belaka dengan pelbagai menu yang menyelerakan.
Snap depan pintu untuk kenangan. Ya... Mia stay di bilik nombor 810 di tingkat 8.
Tak banyak barang Mia. Bawa 2 beg ini saja. Suka travel dengan barang yang simple. Yang penting wajib ada laptop untuk senang buat kerja secara mobile.
Fiuhhh... selesai review hotel ini. Keseluruhannya Mia recommend untuk mereka yang mementingkan keselesaan dan ketenangan. Boleh repeat lagi stay sini.
** alhamdulillah.... kerja pun hati senang...
















0 Comments