Sekilas Pandang Mengenai Puasa Di Bulan Ramadhan

Salam 1 Ramadhan pada hari ini. Hari pertama kita berpuasa pada bulan ini. Syukur alhamdulillah bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran dan keberkatan.

Di sini Mia ingin kongsikan sekilas pandang mengenai puasa di bulan Ramadhan buat renungan kita semua.

sila klik pada gambar untuk besarkan



Hukum Puasa Ramadhan
  • Hukumnya WAJIB berdasarkan nas-nas dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijma'
Siapa yang wajib berpuasa?
  • Muslim
  • Berakal
  • Baligh
  • Sihat dan mampu untuk berpuasa
  • Menetap bukan musafir
  • Suci dari haid dan nifas bagi wanita
Rukun Puasa
  • Berniat
  • Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa semenjak terbit fajar hingga terbenam matahari
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan atau minum dengan sengaja (wajib qada')
  • Mengeluarkan mani (wajib qada')
  • Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui jalan biasa (wajib qada')
  • Meniatkan berbuka (wajib qada')
  • Bersetubuh (wajib bayar kifarah)
Amalan Sunnah Berkaitan Puasa Ramadhan
  • Bersahur
  • Melambatkan sahur
  • Menyegerakan berbuka
  • Berbuka dengan tamar atau air
  • Memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
  • Berdoa ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
  • Solat sunat malam (terawih)
  • Menjauhi perkara yang sia-sia /  dilarang
  • Menggosok gigi
  • Bermurah hati dalam menderma
  • Mempelajari dan mentadabbur al-Quran
  • Memperbanyakkan ibadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • Berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar

Sumber gambar : Google

selamat berpuasa...

Post a Comment

13 Comments