Hari ini 1 Disember 2014, bermula harga baru runcit petrol dan diesel. RON95 turun 4 sen dan RON97 turun 9 sen tetapi diesel naik 3 sen seliter.

Harga jualan runcit untuk bulan Disember 2014
RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 seliter
Diesel - RM 2.23 seliter

Memandangkan beza cuma 20 sen seliter antara RON95 dan RON97, jadi lebih elok pilih RON97 kerana rasanya berbaloi dengan kualiti petrol yang lebih baik dan pembakaran yang lebih sempurna serta menjamin kebersihan kebuk dan injap-injap pembakaran enjin. Banyak kelebihannya. Bila lagi nak guna petrol yang baik.


Sempat ambil gambar kelmarin  semasa isi minyak kereta Mia guna RON97.


printscreen dari Kosmo hari ini.

Buatlah pilihan yang bijak... minyak oh minyak... nak jalan punya pasal, kena juga terima.

tak tahulah... nasib kita bulan Januari 2015 nanti..

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.