image Izinkan Ku Mengundur Diri - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 23 December 2014

# Puisi Mia

Izinkan Ku Mengundur Diri




Tenangnya suasana menyapa kedinginan pagi
Tetapi tidak setenangnya diri ini untuk hadapi
Dugaan tempohari yang diratapi
Harus diselesaikan secara rapi

Berat sungguh untuk meluahkan
Kekuatan tiada untuk meleraikan
Komitmen kerja perlu dikejarkan
Dalam diam perasaan ditimbulkan

DugaanNya tiada dapat disangkal lagi
Hadir tiba-tiba tanpa disedari
Tidak terlintas di fikiran ini
Hanyut seketika tidak diingini

Gundah gulana hati tidak terkata
Bila dicuri tanpa paksa
Dipertikaikan tanpa usul periksa
Keadaan terjadi tanpa dijangka

Apalah daya melawan takdir
Ibarat hati dipanah petir
Angin ribut di padang pasir
Tetap terikut tidak tercicir

Ujian dariNya yang seketika
Walaupun sementara namun besar maknanya

Tersentap dari lamunan yang dimimpi
Menyedarkan diri harus kembali
Bangkit dari dicemari
Berpijak nyata di bumi ini
Keputusan bijak harus diambil peduli

Maafkan diri ini yang tidak mampu
Memperbetulkan kesilapan lalu

Tercalit sejarah di kemudian hari
Moga ia tidak berulang lagi
Izinkan ku mengundur diri
Dari mimpi yang tidak pasti

puisi pagi ini dari Mia... tengah mood berpuisi ni.. hehehe..

14 comments:

  1. Mendalam sungguh kata-kata kak mia. Semoga kak mia tabah ya.

    ReplyDelete
  2. Punyai mksud yg mndalam, moga kak mia sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  3. best sangat2.. sedih je baca,..

    jemput join segmen ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...mmg best la penuh bermakna...:)

    ReplyDelete
  5. ingatkan Mia nak ke mana tadi... puisi rupanya.
    Semoga pilihan yang diambil adalah yang terbaik...

    ReplyDelete
  6. apepun yang berlaku moga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete