Wahhhh... hari ini 23 haribulan Januari... Hari di mana domain mialiana.com ini mula digunakan pada pada tahun 2011.

Happy 4th Anniversary Mialiana.com 

Sweet je kan... diam tak diam... dah lama juga guna domain kesayangan Mia ini. Sayang sangat-sangat tau...

Serba sedikit tentang sejarah blog ini.... zass..

Hmmmm... Pada mulanya blog ini hanyalah menjadi storage untuk menyimpan maklumat daripada email yang diterima. Sampai penuh inbox. Nak dibuang pula sayang. Jadi Mia copy kan ke dalam blog. Blog ini pula hanyalah untuk kegunaan peribadi. Tiada expose pada orang luar. Masa itu, blog ini diwujudkan pada tahun 2007 dengan url http://mialianas.blogspot.com dengan erti kata lain Mia Liana yang punya sebab ada huruf S di belakang.

Pada tahun 2010, Mia mula aktif berblog. Demi untuk lebih serius di bidang blogging, Mia telah pun tukar kepada domain Mialiana.com pada 23 Januari 2011. Selepas itu mulalah melibatkan diri dengan komuniti blogger secara meluas.

Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tidak perlu nak tanya lagi.

Begitulah ceritanya. Alhamdulillah... blog kesayangan Mia ini tidak pernah sunyi. Susah senang... jatuh dan bangkitnya dalam dunia blog yang serba mencabar. Banyak juga dugaan yang Mia tempuhi sepanjang berblog namun tidak pernah melemahkan semangat Mia untuk terus menulis. Kerana blog ini sentiasa ada pengunjung yang datang menceriakan. Terima kasih ya...

doakan agar blog ini sentiasa mendapat tempat di hati pengunjungnya... amin....