Ni lah... terpaksa juga akur bila minggu lepas Mia demam rasa lain macam bisanya. Rupanya sebab nak sakit gigi. Gusi bengkak kerana gigi geraham bongsu tumbuh baring. Aduhai... ngerinya bila tengok xray ni...


Nampak tak? Gigi geraham bongsu ni tumbuh kat area gigi bawah sebelah kanan. Bila dia tolak gigi depan dia, memanglah sakit.

Mia pergi Klinik Gigi Rakyat yang kat Persiaran Tanjung pagi tadi dan diberinya ubat. Katanya lepas sembuh sakit gigi ni, kenalah buat operation untuk keluarkan gigi itu. Lagilah ngeri sebab gigi tu dalam gusi. Kali pertama ni, tersangatlah takut. Kosnya dalam RM500 - RM1000. Mahal juga ni.

Hmm... tengah fikir-fikir nak buat kat klinik gigi swasta lain atau kerajaan punya. 

Terasa macam nightmare.... uwaaaa...

Mana tahu kot-kot ada sesiapa pernah buang gigi geraham bongsu, bolehlah share dengan Mia yang sememangnya sedang takut ni.. hihihi..

gigi oh gigi....