Kopi biji kurma homemade. Dah nak raya dah ni. Kurma yang dimakan di bulan ramadhan ni, bijinya dikumpulkan. Nak buat kopi dari biji kurma sendiri kat rumah. Khasiat dan kelebihan kopi jenis ini banyak. Jadi.. apalah salahnya daripada biji kurma dibuang begitu sahaja lebih baik kita jadikan kopi.

Jom kita tengok cara-cara nak buat kopi dari biji kurma di rumah.


Mula-mula kenalah kumpulkan seberapa banyak biji kurma. Setiap kali sahur dan buka, biji kurma dikumpulkan. Nak dekat raya, barulah dapat banyak sikit. Gigih mengumpul ni demi hasrat nak buat kopi dari biji kurma sendiri.

Lepas itu, biji-biji kurma tadi dicuci dulu dan dijemur sehingga betul-betul kering.

Bila dah kering, kita goreng tanpa minyak di atas kuali. Kiranya kita sangan biji-biji kurma ini.


Sangan dengan api yang sederhana. Jangan guna api besar nanti cepat hangus. Sambil-sambil itu kita gaul dengan sudip supaya panasnya sekata.


Kita teruskan sangan sehingga biji-biji kurma bertukar warna hitam dan telah masak sepenuhnya. Biarkan ianya sejuk seketika.


Kemudian, kita blender kering biji-biji kurma ini sehingga halus.


Wahhh... dah siap dah kopi dari biji kurma kita ni. Suka dengan bau aroma kopi ini. Percayalah, bila dah buat air kopi rasanya memang sedap. Yang penting, tiada kafein.

Selepas ini, dah boleh buat sendiri lah ya.. Mia pun baru kali pertama buat ini. Alhamdulillah.. menjadi... (^_^)

Kopi dari biji kurma ini boleh dikategorikan sebagai minuman kesihatan kerana mengandungi banyak khasiat dan kelebihan [Sumber].

Antaranya :
  • Memberi tenaga segera
  • Memulihkan tenaga syahwat
  • Menyembuhkan kencing manis
  • Memberi tenaga kepada lelaki dan wanita
  • Menghilangkan letih dan lesu
  • Menghangatkan badan
  • Mengendurkan saraf yang tegang
  • Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin
  • Menyembuhkan sakit perut
  • Menyegarkan badan / tidak mengantuk
  • Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan gout
  • Menyembuhkan sakit kepala / migrain
  • Melancarkan peredaran darah

selamat mencuba.. senang dan mudah...