Siapa kat sini layan cerita Cinta Teruna Kimchii? Dah habis dah pun cerita ni kat TV3 tapi bagi yang tak sempat nak tengok pasti akan tengok kat Tonton. Mia pun sama. Tengok runcit-runcit sampai episod ke 13. Fiuhhh... barulah khatam.

Nasib baik cerita ni happy ending. Suka betul Mia. Akhirnya Sulaiman Kang Yee Jun berkahwin dengan Saidah dan Amin kahwin dengan Suraya. Cinta penuh dengan dugaan. Kalau dah jodoh, cinta itu akan terasa bahagia walaupun melalui pelbagai rintangan. Saling memahami dan bertolak ansur. Ada unsur kekeluargaan, persahabatan, percintaan, keagamaan yang diterapkan di dalam cerita ini. Yang Mia suka part yang kat Korea. Fasih pula mereka berbahasa Korea. Tabiklah. 

Overall memang terbaik cerita ni sebab ada banyak suspense, menyentuh perasaan penonton dan sangat jarang nak dapat tengok cerita yang macam ni.

suka sangat...  tu yang review sedikit kat blog..