Entri santai-santai tengahari ini. Mia akui ramai blogger alami perkara yang sama seperti Mia alami. Idea nak menulis blog ada. Banyak nak update kat blog tapi... 
  1. Tak dapat nak curi masa untuk update blog walaupun seketika. Nampaknya memang betul-betul sibuk sangat ni.
  2. Tak ada mood nak update blog sebab emosi tidak stabil. Mungkin sedih, stress, moody atau mengalami gangguan perasaan lain.
  3. Banyak sangat gambar yang nak dipilih. Makan masa untuk belek. Faktor juga ni. Akhirnya tertinggal lama kat entri draf atau langsung tak publish. Lama-lama terus terlupa nak update.
  4. Masalah teknikal blog yang tiba-tiba berlaku. Seperti contoh melibatkan coding atau template blog, kena hack dan sebagainya. Kena selesaikan cepat-cepat dulu barulah boleh update blog dengan tenang dan selamat.
  5. Handphone atau laptop atau pc tiba-tiba rosak. Yang ni kena tunggu siap repair dulu baru boleh update.
Setakat ini, 5 sebab ini saja yang Mia alami. Kot-kot blogger lain ada sebab lain, sudi-sudikan berkongsi di ruangan komen. 

** bila kita dah menjiwai blog kita, kalau tak update blog akan rasa bersalah sangat... Semangat berblog kena kuat... yeahhh...