Tahun ini, dah 10 tahun Mia berblog. Tentu dah terlalu banyak sangat gambar dalam storan Google Drive akaun gmail Mia ni. By default, pengguna akan diberi 15GB storan percuma dari Google.

Bila Mia semak, nampaknya 15GB tidak mencukupi lagi. Indikator storan sudah berwarna merah. Mia dah guna sebanyak 14.68GB daripada 15GB.


Nak ke.. tak nak.. terpaksa juga upgrade kepada 100GB bagi kesinambungan storan gambar dan dokumen dengan caj tahunan sebanyak RM84.99.  


Selepas upgrade, baru hilang indikator merah tadi. Storan meliputi google drive, gmail dan foto google. Hari-hari ambil gambar dan update blog. Kira-kira sampai jadi nenek baru penuh ni.

Kadang kita tak perasan, tup-tup tak boleh upload gambar sebab storan dah penuh. Jadi blogger perlu peka juga bab storan gambar-gambar di blog. Satu lagi, kita juga guna storan bila nak emel dokumen bersaiz besar, turut disimpan dalam google drive yang akan di download oleh penerima.

** nampak remeh tapi sebenarnya penting.....