image Kedai Emas Murah Lyly Jewellery Johor Bahru - Mia Liana

Tuesday, 31 March 2020

# Review

Kedai Emas Murah Lyly Jewellery Johor Bahru

Kedai Emas Murah Lyly Jewellery Johor Bahru | Tercari-cari kedai emas murah di kota metropolitan Johor Bahru? Nak cari kedai emas anak jati Melayu yang berdekatan kawasan Larkin berhampiran dengan Terminal Bas Larkin? Tak perlu susah-susah. Kini ada di Kedai Emas Lyly Jewellery. Lokasinya sangat strategik di Taman Larkin Perdana sederet dengan stesyen minyak Caltex dan bersebelahan dengan KFC.




Kedai Emas Lyly Jewellery mula beroperasi sejak akhir tahun 2018 dan kini telah pun mempunyai ramai pelanggan sama ada datang secara walk-in ke kedai atau belian secara online. Pelbagai jenis barangan kemas dijual antaranya rantai leher, rantai tangan, bangle, subang, anting-anting, loket, bead, charm dengan design yang menarik dan trendy bakal menambat hati anda untuk membelinya. Selain itu, goldbar turut dijual bergantung kepada permintaan pelanggan.



Khas buat peminat dan penyimpan barangan kemas. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kedai emas lain. Ditambah lagi, tiada kos upah yang perlu dibayar oleh pelanggan. Turut menyediakan kemudahan  trade-in barang kemas lama dan membeli barangan kemas anda dengan harga tertinggi di Johor Bahru.  Boleh bayar secara tunai atau melalui penggunaan kad kredit. Sangat berbaloi dan tidak rugi kalau anda beli barang kemas di sini.



Pembelian barang kemas secara tapau (belian secara pukal) untuk 30 gram ke atas layak ditawarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Harganya sudah tentu lebih murah dan menjimatkan dari belian biasa.



Anda tidak perlu bimbang jika tiada stok barang kemas yang anda ingin beli. Kedai Emas Lyly Jewellery akan sentiasa memastikan bekalan stok barangan kemas dengan pelbagai design dan berat mencukupi untuk memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan-pelanggannya.



Kedai Emas Lyly Jewellery turut memenuhi permintaan peminat tegar item barang kemas budget dengan berat 10 gram ke bawah yang menjadi kegilaan ramai wanita. Murah dan mampu untuk dimiliki. Bermula dengan barang kemas yang budget. Pelaburan yang sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.



Uniknya di sini. Kedai Emas Lyly Jewellery ada menawarkan khidmat pertukangan emas dan perak yang berpengalaman secara in-house.
  • Melebur barang emas patah/hancur /patri emas atau perak
  • Ukiran nama (emas 916 /perak)
  • Loket / cincin (emas 916 / perak)
  • Resize barang emas (besarkan / kecilkan)
  • Putus / penyambungan
Semuanya dibuat secara teliti bagi menghasilkan kualiti yang mengikut kehendak pelanggan.





Tempahan ukiran nama boleh dibuat dengan berat minimum 1 gram ke atas. Anda boleh tempah untuk cincin, loket, set rantai leher dan set rantai tangan dengan deposit serendah RM100. Ada kos upah membuatnya. Tempoh siap adalah dalam masa 1 hingga 3 hari bergantung kepada bilangan tempahan yang diterima dalam tempoh tersebut. Usah ragu. Barang kemas yang ditempah dijamin kualitinya.

Link telegram pertukangan emas dan perak ada di SINI 


Set rantai leher yang ditempah pelanggan.


Kedai Emas Lyly Jewellery menyediakan keahlian VIP bagi memberikan kemudahan istimewa buat pelanggan-pelanggannya yang setia. Terutamanya mendapat diskaun dengan harga yang lebih rendah daripada pelanggan walk-in. Pembelian terbanyak akan mendapat reward berupa barang kemas atas wang tunai setiap bulan. Channel telegram khas disediakan untuk pelanggan VIP bagi mengikuti perkembangan stok terkini Kedai Emas Lyly Jewellery. Bayaran keahlian VIP adalah sebanyak RM100 untuk seumur hidup.


Kad keahlian VIP yang eksklusif 


Lihatlah betapa sukanya pelanggan-pelanggan bila berkunjung ke Kedai Emas Lyly Jewellery. Terpancar riak ceria di wajah masing-masing ketika memilih dan membeli barang kemas yang diidamkan di sini. Puas hati dengan layanan mesra yang diberikan.



Jom tengok secara online di facebook dan telegram Kedai Emas Lyly Jewellery. Mana tahu kot-kot berkenan nak beli secara online atau pun boleh terus datang walk-in ke kedai di Larkin Johor Bahru bila ada kelapangan. Tidak rugi kalau kita beli emas. Emas semakin lama semakin mahal. Jadi.. bertindaklah sekarang sebelum terlambat.




KEDAI EMAS LYLY JEWELLERY
No 49 Jalan Susur Dewata 1
Taman Larkin Perdana
80350 Johor Bahru

Telefon : 07 2300534
Whatsapp : 017 7670706



Dibuka setiap hari
10.00 pagi sehingga 6.00 petang


Tutup pada hari Sabtu 
(Minggu kedua & ketiga) sahaja


#murahjaminankami #emasbudgetJB #tukangemasukir


7 comments: