image Kenapa Perlu Pilih Kasut Sekolah Pallas Jazz - Mia Liana

Friday, 24 December 2021

# Community

Kenapa Perlu Pilih Kasut Sekolah Pallas Jazz

Seperti  biasa apabila tiba ke penghujung tahun. Mulalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah akan mencari kasut sekolah yang lebih berkualiti dan selesa untuk mereka. Apa tidaknya, bersekolah di sepanjang hari dari pagi hinggalah ke petang, sangat meletihkan anak-anak dan kasut sekolah memainkan peranan penting supaya kaki anak-anak tidak penat dan sakit. Keperluan bergerak sepanjang hari, kalau tersalah pakai kasut sekolah, dengan keadaan tidak selesa pastinya sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi pembelajaran anak-anak di sekolah. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan ibu bapa di musim persekolahan. Semuanya nak yang terbaik untuk anak masing-masing.

Key Product USP  407-001 ABK = #7 | Rubber insole with arch support

Kalau dilihat di bahagian dalam kasut sekolah Pallas Jazz ini, tapak dalamnya yang bergetah dan lembut dapat menyokong segala pergerakan kaki tanpa menyakitkan. Lebih-lebih lagi sangat sesuai dan selesa dengan anak-anak kita yang kian membesar. Kadang pakai tidak sampai setahun dah kena beli yang baru. Rutin ibu bapa yang ada anak bersekolah dah jadi kebiasaan. Bajet kena ada untuk tujuan ini.

Kasut sekolah Pallas Jazz sememangnya pilihan Mia sejak Sofea mula bersekolah darjah satu lagi. Kualiti dan keselesaan yang lebih utama. Di samping ianya dapat bertahan lama dan mudah dibersihkan apabila kotor. Apabila dijemur di bawah panas matahari atau depan kipas, akan cepat kering dan tidak berbau.

Setakat ini, Sofea pakai sepasang kasut sekolah Pallas Jazz untuk setahun. Anak perempuan cermat gunanya. Jaga dengan baik. Masih elok lagi apabila dah sampai hujung tahun. Guna selagi boleh guna. Tetapi apabila saiz kaki membesar, tak muat barulah Mia gantikan dengan baru.
Seterusnya Mia nak menerangkan serba ringkas kenapa perlu pilih kasut sekolah Pallas Jazz. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu tentang ini. Apa salahnya kita ambil berat tentang ciri-ciri kasut sekolah yang sangat mengagumkan ini. Terujanya Mia.
 
Mempunyai  sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kaki kanak-kanak bernafas semasa waktu lama mereka di sekolah. Mengatasi masalah kegatalan kaki anak anda akibat berpeluh.



Mempunyai sistem penyerapan kejutan bagi mengurangkan kejutan berimpak tinggi dan memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kesan berjalan pada sendi kaki anak anda.

Ciri pembetulan pada tapak kasut dibentuk untuk memberikan sokongan kepada lengkungan semula jadi kaki. Ia memberikan keselesaan optimum untuk sokongan tapak kaki di bahagian bawah tengah kasut. Tambahan pula ianya turut melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan dan berdiri lama.
Cirinya yang sangat ringan dapat membantu untuk mengurangkan kanak-kanak yang membawa beban berat ke sekolah serta ia akan membantu kanak-kanak membesar dengan kaki yang sihat.

Satu-satunya kasut sekolah dengan tapak luar X-Tone mampu membuat pelajar menjadi lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah secara semulajadi.

Mempunyai bahagian atas fabrik yang berjaring sangat berkesan menarik lembapan dan peluh dari kulit kaki agar dapat kering dengan cepat. Permukaan luas fabrik jenis ini membolehkan peluh menyejat dengan cepat.


Bagaimana perasaan anda selepas mengetahui ciri-ciri lengkap kasut sekolah Pallas Jazz ini? Memang tak rugi duit kalau beli untuk anak-anak. Sangat diyakini dan dijamin kualitinya.

Oh ya.. kasut sekolah  Pallas Jazz ini boleh dibeli secara online di www.wow2wee.com atau sila dapatkan maklumat lanjut dari website Pallas di www.pallas.com.my atau Facebook Pallas Malaysia di https://www.facebook.com/PallasMalaysia .


** pentingnya dalam memilih kasut sekolah yang berkualiti dan selesa...

4 comments: