Maaf Lama Tak Update Blog


Mia baru sempat nak update blog hari ini. Maaf sangat kebelakangan sebulan dua ini Mia agak sibuk dengan beberapa komitmen. Betapa rindu nak berblog, hanya Tuhan saja yang tahu. Ada beberapa perubahan telah berlaku pada blog ini dalam tempoh tersebut.

Emel rasmi blog ini, contact@mialana.com telah bertukar kepada blog.mialiana@gmail.com . Jadi kepada sesiapa yang ingin menghubungi Mia, boleh emelkan terus ke mialiana2022@gmail.com . Langganan Mia kepada google workspace untuk akaun emel domain mialiana.com telah ditamatkan berikutan telah dicaj sebanyak USD6 sebulan satu akaun oleh Google. Nak tak nak... Mia kena guna emel gmail mialiana2022@gmail.com

Mia masih mengekalkan domain mialiana.com dan akan terus maintain untuk membayarnya setiap tahun. Begitu juga dengan storage gambar blog ini, masih lagi langgan dengan google drive setiap tahun.

Sungguh pun begitu, Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang tidak putus hadir ke blog ini setiap hari, walaupun Mia tak update blog untuk sekian lamanya. Syukur sangat, entri-entri lama blog ini masih dicari oleh pengunjung.

Apa-apa pun selepas ini, Mia akan cuba update blog sekadar yang termampu. Masih lagi sibuk tetapi tak sesibuk sebulan dua yang lepas.

Cukuplah coretan ringkas Mia untuk tatapan pengunjung sekalian. Keep in touch always....


** mood rindu berblog...... (^_^)


Post a Comment

4 Comments

  1. salam singgah. samalh kita. lama juga tak berblogging.

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah sini..InshaAllah, semoga dipermudahkan-Nya segala urusan Mia untuk update blog dan lain2, amin..

    ReplyDelete
  3. kena beristiqamah dlm blogging gitu....

    ReplyDelete
  4. Singgah sini. VM pon baru nak beraktif balik hehehe

    ReplyDelete