Renew Insurance dan Roadtax Kereta

 


Rutin setiap tahun pada akhir bulan Januari. Mia akan renew Motorcar Takaful Policy insurance kereta secara online dengan Etiqa. Selepas itu, buat roadtax di JPJ Taman Daya. Tahun ini terpaksa buat kat JPJ sebab kat pejabat pos dah habis. Tahun-tahun sebelum ini, Mia buat di pejabat pos Bandar Baru UDA sahaja.

Pagi tadi baru Mia pasang roadtax di roadtax holder dan lekatkan di cermin kereta. Roadtax Mia valid sehingga 1 Februari 2024. Senang nak pasang bila ada roadtax holder. Roadtax holder yang lama Mia terus buang. Mia lebih selesa guna roadtax holder untuk lekatkan roadtax, sebab tak pandai nak cabut roadtax ini, nanti comot kat cermin kereta.


** Mia beli roadtax holder di Shopee...


Post a Comment

0 Comments