Beg Sekolah 2024

Lagi seminggu dah nak naik musim persekolahan baru tahun 2024. Keperluan sekolah Sofea yang lain semua dah selesai, tinggal beg sahaja belum beli yang baru lagi. Tahun lepas Mia belikan beg sekolah Giordano di SINI.

Tahun ini Mia beli beg baru di kedai beg dalam Perling Mall. Nak cari yang agak waterproof sedikit supaya kalau hujan tempias dari payung tidaklah basah bukunya. Request dari Sofea. Makanya beg ini jadi pilihan.



Harganya RM169.90. Bila pegang dan belek beg ini, nampak berkualiti dan meyakinkan. Ingatnya nak warna lain tapi warna biru tua sahaja yang ada. Lokasi kedai beg ini ada bersebelahan dengan escalator.

Harap beg ini dapat bertahan sehingga 2 tahun atau lebih. Kalau Mia beli beg sekolah bawah RM100, selalunya tak tahan lama. Bila beg berat dengan buku-buku sekolah, mulalah rabak dan nak terkoyak.


** berbaloi dengan harga...


Post a Comment

1 Comments