Lukisan Sofea 26.12.2024

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Alhamdulillah, bakat melukis Sofea makin menyerlah sekarang. Dah ada drawing book sendiri. Kalau dia rasa mood nak melukis, terus saja lukis.


Sekarang sedang musim sekolah mengikut penggiliran rentetan peperiksaan SPM. Jadinya ada hari yang Sofea tidak sekolah. Kadang Mia bawa Sofea ke pejabat Mia. Sambil tunggu Mia selesai waktu kerja, dia buat aktiviti dia sendiri.


Dan inilah hasilnya... lukisan pada 26 Disember 2024 yang lepas.



Cuma Mia lebih suka melukis menggunakan pen untuk sketching. Setiap orang ada cara masing-masing. Sayang Sofea. 


** hobi yang menenangkan.... bak kata orang #healing


Post a Comment

4 Comments

  1. minat melukis ni perlu dipupuk sejak kecil. Nanti lps SPM dia boleh sambung kursus Pendidikan Seni Visual di mana2 kolej. Good luck!

    ReplyDelete
  2. Lawa lukisan sofea. Berbakat betul dia

    ReplyDelete
  3. Wahh hebat... boleh la ambil kursus yang saling berkait dengan digital drawing. Macam arts and design. Mesti boleh pergi jauh.

    Minat budak2 ni kita wajib support. Dulu Ibu Cuya tak support Cuya bila cakap nak masuk bahagian design, so kemahiran melukis Cuya tak digilap sepenuhnya.
    Lama2 Cuya dah jarang melukis.. tapi Cuya tetap suka cuma tak aktif

    ReplyDelete