Kisah pagi tadi selepas Mia hantar Sofea ke kelas tambahan di sekolah, Mia pergi beriadah di Taman Merdeka Johor Bahru. Salah satu tempat riadah yang menarik dan popular di Johor Bahru. Diucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang telah menaiktaraf Taman Merdeka ini sekaligus memberi manfaat kepada rakyat negeri Johor dan pelancong luar.
Cantik sangat tempat ini. Ramai yang datang sini, parking pun penuh. Mia beriadah jogging dan walking secara santai sambil menikmati keindahan taman rekreasi yang ikonik ini.
Taman Merdeka ini dibuka secara rasmi sebagai pusat rekreasi komuniti pada tahun 2011 dan meliputi kawasan seluas 31 ekar. 1 kali pusingan keliling Taman Merdeka ini bersamaan 1.2 km laluan pejalan kaki dengan 1,700 steps. Uniknya, ia mempunyai 9 laman bersejarah memaparkan era pemodenan dan perjuangan kemerdekaan negara kita.
Ada aktiviti senamrobik di sini. Boleh join ikut sekali beramai-ramai mengikut instructor dengan iringan lagu rancak. Memang happening.
Hasilnya, Mia dapat capai target lebih 5 km pada hari ini. Kali ini 5.68km bersamaan 9,788 steps dengan masa 1 jam 36 minit 24 saat. Alhamdulillah.... sebelum ini hanya sampai 4km terus pancit. Jom tengok Mia snap dari apps Samsung Health di handphone Mia.
Jom jaga kesihatan diri dan keluarga agar kekal cergas dan berstamina. Chaiyuk...
** mood happy.....












0 Comments