Bebelan Di Tengah Malam - 10

Wednesday, May 14, 2014

Bebelan Di Tengah Malam - 10


Baru sahaja selesai tengok cerita movie godzilla di channel 5 tv singapore. Tak pasal-pasal kan tidur lambat malam ni.

Semalam kan cuti umum. Jadi agak kesibukan menguruskan hal-hal rumahtangga dan keluarga. Makanya mood Mia bertukar kepada mood bersegmen. 

Sekali sekala kita bersegmen apa salahnya. Support blogger lain dan join komuniti lain. Kenal-kenal dengan blogger lain. Blogwalking ke blog mereka mana yang termampu. Tak banyak.. sikit pun jadilah kan.. Siapa lagi yang nak support blogger lain kalau bukan kita yang blogger ni. 

Buangkan jauh-jauh perasaan sombong ke... pilih kasih ke... jeles ke... dengki ke.. ataupun perasan diri itu dah popular dan famous sangat sampai tidak boleh blogwalking ke blog-blog lain, asyik ke blog kroni-kroni je... pun ada juga.. oppss termembebel panjang pula. 

Itulah lumrahnya dalam kehidupan seorang blogger. Jangan pernah lupa pada diri sendiri. Jangan terlalu mengagungkan kelebihan yang kita ada. Lama kelamaan orang akan meluat dan bosan dengan kita. Berbloglah seadanya dan dengan bersederhana. Kerana dari situlah orang akan kenali kita siapa sebenarnya.

Sekadar renungan di tengah malam ini. Juga mengingatkan diri Mia ini. Harap jangan tersalah anggap pula.

 cuti satu hari macam tak cukup pula... huhuhu

Hadiah bernilai RM10,020.00 untuk dimenangi.
Klik SINI untuk join.

32 comments:

  1. walaupun saya ada kroni rapat. Tapi saya tetap akan baca based on tajuk posting yang menarik dan sniplet yang menarik jugak. Kalau kroni tapi post yang tak best nanti saya akan komen untuk jaga hati.. xsyok.

    ReplyDelete
  2. betul kak mia..berguna juga bebelan malam2 ni hehee..

    ReplyDelete
  3. yep..sy suke bw orang if ade mase..suke nak tau kisah org..heehe..blog ni bleh buat kawan tu sronok

    ReplyDelete
  4. Bila internet laju je zumal akan merayap ke semua blog yang zumal tahu dan yang telah meninggalkan jejak mereka. Tapi tak tahu la apa anggapan dorang pada blog zumal, poyo kah, perasankah ? Hehe. Bagi zumal, bw yang zumal lakukan adalah ikhlas untuk kenal2 u all. Ada yang tak kena tegur la :))

    ReplyDelete
  5. Terima kasih menegur kak mia...kadang kekangan masa tu yg tak dan nak BW tapi berusaha juga...macam kata kak mia, tak banyak, sikit pon jadila...

    ReplyDelete
  6. Kebanyakan blogger yang follower dah cecah ribu riban takkan follow kita balik kalau kita follow dia.. Sis mia je yang follow n siap bw lagi ke blog2 baru nak merangkak macam saye.. Tq

    ReplyDelete
  7. Berukhwah la kita dengan riang ria dan berlapang dada..niatkan nak tambah ilmu dan beramah mesra..

    ReplyDelete
  8. lya suka blogwalking bila ada kelapangan yg pjg :)

    ReplyDelete
  9. sentiasa support kengkawan blogger walaupun kekadang tak berkesempatan nak join segmen. tapi kalau ade mase mmg blogwalking je la :)

    ReplyDelete
  10. Setuju sangat...tapi kadang2 line internet problem dan mana yg sempat timbul kat sini jer yg dijengah...

    ReplyDelete
  11. Betul sangat tu kak Mia hihi.
    Qila pun kroni je. Tapi mesti lah wajib bw blog lain jugak.

    Siapa lah kita nak menyombong huhu.
    Thanks kaak Mia. You're the best hehe

    Bebel lagi ye hihi.
    Hmm cuti mmg takkan pernah cukup ekeke

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kalo sis pk mcm ni.....x mcm sesetgh tu....dia rsa blog mcm dh pemes, blog kite xnm jenguk pon walaupon kite sll je jenguk blog dia.hahaha..tp xpe, kite ikhlas je..ahaks..

    ReplyDelete
  13. HYE..Maaf ganggu,anda ditag :) jom kenal2 http://syiralokman.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-blogger-hana-jalil.html

    ReplyDelete
  14. bw skit pun jadi la..jnjisaling support rakan2 blogger

    ReplyDelete
  15. BW tak salah sesekali kat blog org lain ..tu tanda kita menghargai penulisan org ..Lya pon kalau line ok jer Lya terjah la mana2 blog yg sempat di terjah ..

    ReplyDelete
  16. Superb sharing. Walaupun dah ada nama jangan lupa diri dan hentam yang pernah sama - sama tolong naikkan lagi nama.

    ReplyDelete
  17. buang jauh2 sikap sombong tu.. tak kemana pun...

    ReplyDelete
  18. Hai Mia...lama tak jenguk blog kamu yer...jom jenguk blog saya yang dah lama bersawang tu... jgn lupe tinggalkan komen! ;)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum mia...sokong sangat..:)

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak,cn suka join segmen utk tmbh rakan blogger,kalau mng hadiah kira bonus ;)

    ReplyDelete
  21. takde satu pun didunia ni milik kita, tak perlu sombong kan.. :)

    ReplyDelete
  22. Betul tu..kene gerak ke blog org lain jugak..jgn gerak blo yang sama je

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.