Gathering Blogger Di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Friday, October 31, 2014

Gathering Blogger Di Dataran Bandaraya Johor Bahru



Malam tadi bertemunya blogger-blogger kategori mak dengan seorang blogger ayah yang famous dari Kuala Lumpur. Lokasi pertemuan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Waktu yang dijanjikan pukul 8.00 malam. Perbincangan ilmiah tentang dunia blog, cabaran dan rintangan. Ada juga terselit tips tentang blog dalam tak sedar. Meriahnya makan steamboat, bakso, nasi ayam penyet dan lain-lain. Yang pastinya ada orang itu makan bertambah.

Pengerusi majlis blogger Broframestone. Iera dan Fisha yang comel pun ada.

Borak sakan. Seronok dapat berjumpa. Masing-masing bawa family.

Syoknya dengar bebelan blogger yang baju hijau tu. Nak menurunkan ilmu blog katanya.

Kenangan beramai-ramai.

Lepas dah puas makan dan borak, kami terus ke dataran. Lepak-lepak sambil bergambar lagi.




Gambar-gambar diambil oleh Suami Mia. Sofea tak join masa ini, dia ada kat rumah Mertua Mia. Nak main dengan sepupu katanya.

Blogger-blogger Johor Bahru yang sudi datang malam tadi ialah Mama Niza, Kisah Si Diary, Mar Mansor. Terima kasih pasal malam tadi. Memang bestlah dapat jumpa. Lain kali boleh buat gathering kecil-kecil macam ni, ajak blogger-blogger Johor Bahru yang lain. Yeahh..

sweet moment with bloggers...

18 comments:

  1. seronoknya lepaking bersama blogger otai :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa. Teringin nak join gathering.. :)

    ReplyDelete
  3. hihihi... seronok betul malam tu..nanti boleh buat lagi sekali..

    ReplyDelete
  4. Sangat seronok berjumpa dengan blogger di mini gathering tu....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mia...wah !!! Seronoknya dpt gather bersama2...boleh la join lain kali...;)

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bila para blogger otai berkumpul.. Rugi tak dapat join cedok ilmu bebanyak..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.