Rasa macam ngeri je bila dapat emel ini. Mia ialah salah seorang calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 pada 1 November 2014. Sebelah malam pula tu.

Nama pendek jawatan ini PTD. Rasa macam tak syoknya nak kena exam lagi sedangkan tahun lepas Mia dah lulus. Masa itu memang belajar betul-betul sebagai persediaan. Cuma tak ada rezeki masa sesi temuduga tahun lepas. 


Tahun ini pula peperiksaan dibuat secara online dan ada pula Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Mia dah daftar untuk hari Sabtu ini.


Macam tak bersemangat sangat kali ini. Tapi cuba jugalah usaha walaupun tahu susah nak berjaya.

perlu kuatkan diri ini...