Tukar Brake Pad

Saturday, October 3, 2015

Tukar Brake Pad


Ni kisah tengahari tadi. Kebetulan hari ini keluar sekeluarga naik kereta Mia. Selalunya kalau keluar bertiga akan naik kereta Suami Mia. 

Suami Mia ada urusan kat Setia Tropika. Nak dijadikan cerita ketika Suami Mia memandu ada bunyi kat bahagian depan bila tekan brek. Selepas itu, bila tekan brek lagi makin kuat bunyinya. Ah.. sudah.. Suami Mia check tengok kat tayar depan katanya brake pad dah habis lepas tu dah terkena kat besi. 

Mia dah mula perasan sejak 2 minggu lepas, bila sedang memandu kemudian tekan brek, ada bunyi sedikit. Tapi lepas itu tak ada. Esok lusa, ada lagi. Kejap ada, kejap tak ada. Bila tengok kat tayar nampak macam tak ada apa-apa dan beranggapan ianya biasa. Nampak sangat tak tahu pasal kereta. Teruknya. Dua hari lepas, dah beritahu Suami Mia. Tapi tak cerita secara detail sebab tak tahu nak terangkan macam mana. Panjang betul mukadimahnya... 

Jadi, sambung balik kisah tengahari tadi. Suami Mia kata tak boleh ditangguhkan lagi takut lagi teruk dan makan besi lagi banyak. Apalah punya ayat ni... hentam sajalah.

Dengan rela hati dan akur dengan kehendak Suami Mia, makanya terus ke kedai kereta kat Kempas dan pergi tukar kepada brake pad yang baru. Kiranya emergency juga ni.




Akhirnya... selamat ditukar kepada brake pad yang baru. Jangan cari pasal. Lain kali Mia akan lebih hati-hati. Kena juga belajar tentang kereta sikit-sikit lepas ni... huhuhu...

bahaya juga kalau dibiarkan....

11 comments:

  1. Alhamdulillah takde pape. take care kak mia, dan family!

    ReplyDelete
  2. brand bagus brake pad nie, belakang kena check juga slalu sbab kadang2 kalau pam brake bocor kita x perasaan terutama yang pakai brake drum..anyway take care to you and family.

    ReplyDelete
  3. Syukurla da tukar, bahaya klau d biarkn

    ReplyDelete
  4. oklah tuh dah tukar...benda macam nih takleh tangguh2 untuk keselamatan kan..

    ReplyDelete
  5. alo kan mia dah kena, alhamdulillah dah selesai ..memandupun yakin kan..tahnia

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...betul tu mia kalau dibiarkan mungkin jadi lebih bahaya lg...

    ReplyDelete
  7. Sama la pula kisah kita kak mia... Kereta kami pun brake pad dah hbis smpai berbunyi. Nasib sempat sampai bengkel... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..murni haritu pon tayar kereta dah crack pon x perasan..mujur husband tiba2 check..mengucap sakan dia..mujur dia check harapkan kita ni tau bw jer

    ReplyDelete
  9. Sejak hana da kereta sendiri semuanya kena servey n alert sendiri.p bengkel pun sendiri.dah 8tahun semua sendiri2.secara xlangsung drpd 0 bab2 kereta ni sampailah dah tau selok belok pascal kereta..pengalaman X bleh lupa.bila jumper kereta sendiri2.siap Google lg.hehe xyakin Google Tanya mmber2.nama2 spare part kereta pun dah tau sikit2.hehe

    ReplyDelete
  10. sib bik tukar cecepat,klo tdk lagi mahai belanja kang...

    ReplyDelete
  11. bahaya kalau brek problem..baguslah dah tukar brake pad.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.