Tomyam Ayam Gajah

Friday, May 20, 2016

Tomyam Ayam Gajah


Hujung minggu balik kampung, Mak Mia ada special request. Minta Mia masak tomyam. Makanya kenalah masak satu periuk besar sebab rakyatnya ramai bila semua balik.

Untuk menyediakan bahan-bahannya, adik-adik ada tolong Mia untuk Mia cepat siap masak. Kalau masak tomyam, Mia akan buat pes tomyam sendiri dengan blender bahan-bahannya.

Jom tengok..

Bahan-bahan untuk di blender.. bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai, daun limau purut, cili merah dan tomato. Dipotong supaya senang nak blender.

Seekor ayam gajah yang siap dibersihkan bulunya. Ayah Mia yang sembelih kat kebun. Lepas tu potong ikut suka. Nak besar ke.. kecil ke... terpulang. Janji boleh masuk mulut.

Masa blender bahan-bahan tadi, Mia akan campur 2-3 sudu minyak masak. Garam pun Mia bubuh sekali. Lepas itu, terus goreng pes ni dalam periuk.


Bila dah garing dan naik bau... hmmm.. harumnya... barulah masukkan ayam gajah yang dipotong tadi. Masak sampai empuk ayam gajah ni. Lama sedikit nak empuk dari ayam biasa.


Kemudian.. tambahkan sedikit air. Mia suka kuah tomyam yang pekat sedikit. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar, bunga kobis dan lobak. Sayur-sayur lain pun boleh juga. Adjust rasa kuah tomyam dengan perahan limau kasturi untuk rasa masam sedikit. Kalau rasa kurang garam, nanti tambahkan sedikit.

Wahhh... dah siap dah. Boleh dimakan seisi keluarga di kampung. Lokasi dapur di dapur rumah keluarga Mia. Periuk yang Mia guna ni, periuk yang selalu diguna untuk masak lauk lodeh masa raya. Bayangkan... betapa puasnya dapat makan tomyam ramai-ramai... Syukurnya...

Hmmm... macam ni lah cara Mia masak tomyam. Simple je. Main campak-campak je. Tak tahulah orang lain masak macam mana. Setiap orang ada cara masing-masing.


jemput cuba resepi tomyam dari Mia ni.... 

22 comments:

  1. Oh... Mia blend sekali daun limau ye
    Kalau kakak biasa serai dan daun limau tak blend

    Ayam gajah mestilah seperiuk besar. Meriah!

    ReplyDelete
  2. Nampak pekat je kuah tomyam tu.. mesti sedap.. Hujung minggu ni boleh la cuba resepi mia ni.

    ReplyDelete
  3. fuhyoo npk pekat tomyam gajah uols...merecik

    ReplyDelete
  4. sedapnya mkn tomyam time hujan2 ni kak mia =)

    ReplyDelete
  5. Wah...sedap ni...makan dengan nasi panas...ermmm...

    ReplyDelete
  6. First time dengar ayam gajah. Pekat kuah tomyam tuhhh, mesti sedap. Saya paling suka makan kuah tomyam pekat ...:D

    ReplyDelete
  7. hadoi mia. meleleh air liur ni tgk tomyam ayam gajah.
    dah le takde ayam gajah kat sini.
    ayam semua cenonet ajer :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...wah mesti sedap ni...:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...oh yer lupa nak tanya mia ayam gajah ni ayam utan ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... ayam gajah ni jenis ayam kampung asli yang saiznya besar dan dagingnya banyak.

      Delete
    2. oh yer ke...baru tahu ayam gajah ni...mekacih mia...:)

      Delete
  10. Sedapnya !!! Rindu masakan mak.. :(


    Jemput Join GA Nurrul :)
    http://youismysoul.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. I nak tyr resep tomyam dari kak mia ini boleh kan? hmmm baru tau apa itu ayam gajah, thanks ya sista dah berbagi resep.

    ReplyDelete
  12. Menarik jugak resepi tu Mia....Boleh cubalah nanti. Selalunya pakai paste segera je.

    ReplyDelete
  13. Salam kakmia, peninat tegar tomyam!
    haah makan ramai ramai nikmat :)

    ReplyDelete
  14. salam kak mia menarik...lain warna kuah tomyam ni dari yang selalu..pakai pula ayam yg diternak mmg urmmp rasanya

    ReplyDelete
  15. Ya Allah sedapnyaaa. Senang je rupanyaa. Mintak resipi boleh? Nak try buat nanti ;) hehehe

    ReplyDelete
  16. menyelerakan tengok kuah tom yam kak mia nih...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.