Ajar Sofea Lukis Kertas Pembalut Hadiah

Sunday, October 30, 2016

Ajar Sofea Lukis Kertas Pembalut Hadiah


Ni kisah minggu lepas. Hari Khamis lepas Sofea ada peperiksaan final subjek dunia seni visual. 2 hari sebelumnya dah dapat kertas soalan. Jadinya, Mia ajar Sofea berlatih melukis dan mewarna di rumah.

Banyak-banyak soalan, Mia rasa yang paling mudah buat design kertas pembalut hadiah. Kalau kolaj bendera Malaysia (teknik tampalan)  takut Sofea tak sempat siap.

Jadi, Mia belikan barang-barang keperluan untuk ini. Magic pen, stensil objek, buku lukisan, pembaris panjang, pengorek pensel dan lain-lain.

Jom kita tengok Sofea belajar melukis...

cubaan pertama

cubaan kedua

Yang paling Mia risau takut masa yang diberikan tidak cukup. Biasalah baru darjah satu, masih lagi perlu dibimbing. Akhirnya Mia dapat idea nak buat style design yang terakhir, memenuhi soalannya menggunakan teknik garisan, objek dan corak serta berwarna-warni.

Mia ajar Sofea buat beberapa kali untuk ingatkan langkah-langkahnya. Siap suruh Sofea hafal susunan warna supaya lagi kemas. Mula-mula dengan magic pen dan kemudian pensel warna. 




Siap juga dan cukup masa nak buatnya. Kalau nak warnakan bahagian yang putih tu, memang tak cukup masa. 

Bila balik saja... Mia tanya Sofea. Buat sama tak macam Mia ajar. Sofea tersenyum sambil mengangguk. Syukur.. alhamdulillah. Tidak mengapa kalau tak sama, janji dia berjaya buat sendiri.

minat seni melukis dan mewarna...

11 comments:

  1. Cantik! Tak semua murid tahun 1 mampu buat macam ni kalau takde bimbingan dari parents... ^_^

    ReplyDelete
  2. Cantik... Cuma saya kadang2 ajar macam2 kat rumah... Takot tak cukup masa jer kan...

    ReplyDelete
  3. kretifnya..pickup cepat sofea ni, tak semua darjah 1 mcm tu.. alhmdulilah..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...cantik n kreatif nyer...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini sis...wahh...cantiknya...sofea memang kreatif lah sis..

    ReplyDelete
  6. cantiknya....susunan warna tu sangat cantik....teringat zaman sekolah dulu, soalan hanya dapat pada hari exam...

    ReplyDelete
  7. cantiklah..wah bestnya dibagi soalan awal..anak2 MV hari exam baru di bagi soalan

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.