Entri Pendek Banyak Membantu

Saturday, October 8, 2016

Entri Pendek Banyak Membantu


Hmmm... topik entri ni macam nampak remeh sedikit bagi sebilangan blogger tapi sebenarnya kan... beri impak pada blog kita.

Sebagai blogger separuh masa, kadang kita ni manalah ada masa sangat nak ngadap blog ditambah pula dengan komitmen kerja dan keluarga.  Walhal... di benak kepala ni macam-macam yang nak di update kat blog sampai kadang terlalu lama ditangguhkan sehingga terus terlupa nak diupdate.

Entri panjang pula perlukan idea dan karangan panjang dan kita bukan boleh nak update entri panjang sentiasa. Memang perlukan masa dan idea. Perlu diingatkan orang yang biasa menulis dan mengarang pun kadang boleh blank... buntu nak menulis. Inikan pula kita yang blogger separuh masa ni..

Makanya... entri pendek banyak membantu. Hanya perlu tempek gambar dan cerita sedikit. Janji ada update. Kesian pula... kalau blog terabai dan tidak berupdate. Rasa macam tak best dan hati macam tak tenang bila blog kesayangan tak ada update.

Kalau perasan Mia ada buat entri bersiri pendek macam tazkirah, quote of the day, kata-kata madah dan wordless wednesday. Sungguhpun entri pendek, ada entri yang mencapai ribuan pageviews dalam diam dan kita pun kadang tak perasan. Mungkin trafik dari enjin carian. 

Apa yang Mia nak sampaikan  kat sini. Jangan perlekehkan entri pendek. Mungkin kita rasa tak penting tapi penting bagi orang lain. Boleh juga selang-selikan dengan entri panjang supaya pengunjung tak boring. Kadang ada pengunjung suka entri-entri yang santai. Terpulang pada blogger itu sendiri.

sekadar pandangan Mia... mood nak berceloteh pagi ni...


12 comments:

  1. waalaikumussalam kak mia. betul tue akak. kadang2 entri yang panjang sukar nak di baca oleh pembaca. kadang2 jemu.sekadar luahan rasa. jm pun baru lagi dalam dunia blog ini.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tips ini kak mia....jom update blog hehe

    ReplyDelete
  3. betul tu. selalu tangguh2 sampai terlupa nak update.. huhu. tapi lepas ni boleh la try tips kak mia. ;D

    ReplyDelete
  4. betul tu kak mia...kadang entri pendek tapi ramai pula pengunjungnya...^_^

    ReplyDelete
  5. Entri pendek mudah untuk disampaikan dalam bentuk ayat ringan gitu, mungkin boleh diselangseli dengan gurauan.

    ReplyDelete
  6. salam saya setuju kak mia, insyaAllah thank for the tips

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...yer mmg betul tu...yg pendek tu x semestinya x ada org nak tengok kn...;)

    ReplyDelete
  8. entri pendek dan panjang masing2 ada kekuatan dan kelemahan.. saya kadang2 pendek, kadang2 (selalunya jarang2) panjang.. hehehe

    ReplyDelete
  9. betul tu kak mia, sebab tu cn suka join segmen dan giveaway yang simple2 tu bagi blog ada banyak entry ;)

    ReplyDelete
  10. Ye betul tu Kak Mia. Panjang atau pendek sesebuah entry, ada kelebihan masing-masing :)

    ReplyDelete
  11. betul mcm MV selalu buat..tak da masa nak taip panjang2..janji ada entry yang baru

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.