Ibu Bukan Hamba Kepada Anak Dan Cucu

Thursday, October 13, 2016

Ibu Bukan Hamba Kepada Anak Dan Cucu



Sibuk macamana pun kita... jangan sesekali memaksa ibu menjaga anak kita tanpa kerelaan. Bila anak demam ambillah cuti untuk jaga anak. Bila ada aktiviti anak di sekolah, luangkan masa untuk bersama dengan anak kerana itu akan menjadi kenangan untuk anak bila besar nanti. Anak akan pasti ingat peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka. Anak akan terasa dihargai dan tahu betapa sayangnya kita pada mereka.

Ibu dah jaga kita dari kecil hingga besar. Bila dah tua, jangan bebankan ibu untuk jaga cucu.

Jagalah hati dan perasaan ibu. Telefon dan tanyalah khabar. Janganlah waktu susah atau perlu bantuan ibu, baru nak telefon. Walaupun ibu tidak berkata, tetapi hati tetap terasa.

antara kerjaya dan keluarga... keluarga lebih penting... sayangi ibu kita sementara dia masih ada...

4 comments:

  1. betul !! ciktie setuju sangat tu kak mia. ada sesetengah dari kita tak sedar sebenarnya yang kita telah membebankan mereka

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...yer betul tu...anak mama pun sanggup berhenti kerja sbb nak jaga cucu mama...susah nak cari pengasuh skg ni...dah x nak susahkan mama lg katanya...:)

    ReplyDelete
  3. setuju sebab tue MV hantar anak2 ke taska dan urus anak2 sendiri

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.