Puasa Sunat Hari Tasu'a 9 Muharram

Sunday, October 9, 2016

Puasa Sunat Hari Tasu'a 9 Muharram




Puasa Sunat Hari Tasu'a 9 Muharam pada esok hari. Moga kita sama-sama beramal. Dikongsikan di sini untuk tatapan pengunjung blog yang beragama Islam.


Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyuraiaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)

Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).
Sabda Rasulullah  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)


selamat berpuasa sunat..

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak..
    selamat berpuasa pada yang berpuasa harini....
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... alhamdulillah.. terima kasih nur. macam plan nak buka kat luar petang ni.

      Delete
  2. harini tak puasa...esok dan lusa insyaAllah...terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia...selamat berpuasa pd mereka yg berpuasa yer...;)

    ReplyDelete
  4. banyak puasa sunat yang kita tak tau kan...tq atas entry mcm ni kak

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.