Ketika Dalam Kesusahan Amalkan Doa Nabi Yunus

Hidup ini tidak selalunya indah dan bahagia. Kadang ada juga dugaan dan rintangan yang datang menimpa. Antara doa yang elok diamalkan ketika kita berada dalam kesusahan dan keperitan, berduka ialah doa Nabi Yunus. Di sini Mia kongsikan untuk tatapan pembaca sekalian.





Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s. “ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)


Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa :

Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan terputus dari harapan dari semua tempat baginda a.s berdoa dan mengatakan:

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ

“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.

Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : “Tahukah kamu suara siapa itu?” Malaikat menjawab : “Tidak ya Allah”. Allah SWT memberitahu, “Itulah suara Yunus hamba-Ku.”

Malaikat mengatakan,”Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan.” Allah menjawab : “Sudah tentu”. Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya.


sama-samalah kita beramal....

Post a Comment

14 Comments

  1. Selamat Pagi!
    nieyl dtg singgah... :)
    terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share..semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik dan membawa kebaikkan pd semua...:)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudah share kak mia, semoga hal yang sulit dapat dipermudah oleh Allah SWT.

    Film terbaru desember 2016

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini sis...semoga di permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. betul kak.. doa yang membantu dan memudahkan perkara yang sulit dan ketika dlm kesusahan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak...in sha Allah kita boleh sama2 amalkan..

    ReplyDelete