image Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 24 November 2016

# Work Matters

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Tahun 2016

Masuk tahun ini dah tahun keempat Mia mohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Tahun pertama dan kedua sehingga peringkat temuduga. Tahun ketiga sehingga ke peringkat peperiksaan online. Tahun keempat ini tak tahulah macam mana. Yang penting kita dah berusaha sedaya upaya...


Malam semalam jam 8.00 malam (23/11/2016) Mia jawab peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan smartphone Mia. Kebetulan Mia sedang outstation, nasib baik boleh jawab dengan menggunakan handphone.




Soalannya pun dari setahun ke setahun tak banyak sangat beza. Yang susah dan mengelirukan tetap ada. Cuma kertas Daya Menyelesaikan Masalah itu perlukan kecekapan mengira dengan pantas, kalau tak memang tak cukup masa nak jawab semua.

good luck kepada semua calon PTD M41 tahun ini...


5 comments: