Promosi Hujung Tahun 2016 Traveloka Sempena Cuti Sekolah

Friday, November 18, 2016

Promosi Hujung Tahun 2016 Traveloka Sempena Cuti Sekolah


Promosi Hujung Tahun 2016 Traveloka Sempena Cuti Sekolah 

Wahhhh.. sekejapnya masa berlalu. Sekarang ini dah masuk pertengahan bulan November 2016. Peperiksaan akhir tahun pun dah selesai. Tak lama lagi dah nak sampai cuti sekolah hujung tahun 2016. Hmmm... Kalau dah namanya cuti sekolah, orang yang paling teruja sekali ialah Sofea. Tahun 2017 dah masuk darjah 2 dah dia tu. Dah semakin besar.


Kepada yang berniat nak membawa anak-anak bercuti, bolehlah mula merancang dari sekarang. Pertama sekali memang kita akan tengok bajet bercuti dulu. Kalau ada bajet lebih bolehlah pergi bercuti jauh sedikit. Lagipun masa inilah kita nak bersama dengan seluruh isi keluarga dan nak hargai anak-anak kita yang dah bertungkus-lumus belajar untuk peperiksaaan akhir tahun. Jadi apalah salahnya, kita hadiahkan mereka dengan bercuti bersama-sama. Tinggalkan lah kerja itu sementara waktu. Ambillah cuti beberapa hari. Yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga tercinta yang akan jadi kenangan indah buat anak-anak bila mereka dah besar nanti. Bukan senang nak ada peluang cuti sekolah yang lama melainkan pada cuti persekolahan hujung tahun.

Mia ada teringin nak pergi bercuti ke Kuching. Jadi, bolehlah Mia survey mana-mana hotel yang berada dalam bajet Mia. Sambil-sambil itu, jari-jemari ini macam gatal pula nak tengok tempahan hotel dan penerbangan di Traveloka kot-kot ada promosi ke kan... Mia terus pergi ke SINI.

Jom kita tengok apa yang ada...



Saat yang paling kritikal bila nak bercuti kena pilih hotel mana yang sesuai dengan kita. Memang akan ambil masa yang lama. Kalau nak check satu persatu memang jenuh. Mia nak cuba tengok apa yang ada dalam traveloka.com ni. Semak dulu, hotel-hotel yang berada di Kuching, Sarawak. Ada tak kekosongan bilik pada 11 hingga 14 Disember 2016. Kalau boleh.. tentulah nak pilih yang murah, selesa dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kalau tak selesa, payah juga nanti akan mengganggu percutian kita sekeluarga.

Hmm... Mia nak cuba tengok Imperial Hotel Kuching, Sarawak di SINI.  Nampak macam menarik. Kita boleh lihat dulu preview dan butiran tentang hotel yang kita ingin dengan jelas. Senang nak buat pilihan nanti. Nak buat pilihan tepat tentulah kena luangkan masa lebih sedikit untuk check apa yang ada pada hotel itu, betul kan... Kena betul-betul puas hati sebelum kita booking.

Mula-mula Mia akan tengok rating daripada pengguna. Ini yang paling utama. Kat sini 8.7 kiranya memang bagus dan selesa. Boleh tengok gambar-gambar bilik dan kemudahan yang disediakan oleh hotel ini di ruangan galeri gambar. Yang bestnya, kita boleh tahu apakah tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ini.


Pilihan pelbagai jenis bilik penginapan yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan. Yang ini penting juga, mesti kena ada dalam bajet kita.



Jangan lupa untuk baca review daripada mereka yang pernah menginap di hotel ini. Bukannya tak percaya dengan apa yang kita tengok kat page hotel ini. Tapi ulasan pengalaman mereka boleh mempengaruhi keputusan yang kita akan buat nanti. Kalau semua ulas hotel ini bagus dan selesa, tentu kita dengan gembira nak booking hotel ini. Kalau ada ulasan yang negatif, mungkin kita kena pertimbangkan semula pilihan kita ini. Biar berbaloi dengan apa yang kita belanjakan.


Terakhir sekali, senarai kemudahan yang disediakan oleh hotel. Mia akan tengok dengan teliti. Akan tengok ada akses internet tak.. dan juga wajib ada swimming pool. Sofea memang suka sangat. Dah macam satu kemestian kalau bercuti di mana-mana hotel kalau booking hotel yang tidak ada swimming pool, bakal merajuk lah si comel seorang itu. Masam mencuka terus muka dia. 

Tiba-tiba terasa macam kepohnya Mia buat review nak pilih hotel bila belek-belek laman Traveloka ini. Ala.. perkongsian yang hebat ini takkan Mia nak sorok seorang-seorang.. Tentulah nak share dengan pengunjung blog ini.

Secara keseluruhannya... berbaloi betul promosinya. Dengan mudahnya boleh booking hampir 100 buah hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapura juga penerbangan dari sekarang di https://www.traveloka.com/en-my .

masa untuk seisi keluarga.... (^_^)

9 comments:

  1. Best kan dapat bercuti dengan keluarga tersayang... LeYa belum dikurniakan anak.. Tapi LeYa pun nak becuti dgn suami berdua memandangkan kami pun weekdays keje jauh2 n xberjumpa.. Sesekali nak lama la sikit dgn suami kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya!!! budak je cuti sklh kita ni xtau bila nk cuti

    ReplyDelete
  3. Baru download apps traveloka ni..lps ni boleh la try survey2 dkt traveloka pulak..heheh..

    ReplyDelete
  4. Jom Join Giveaway kek lapis saya. Syaratnya simple jee..:D http://nurain-syahirah.blogspot.com/2016/11/giveaway-kek-lapis-sarawak-by-ain.html

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia...wah selamat bercuti yer...:)

    ReplyDelete
  6. terbaek laman tarveloka ni..sangat membantu

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.