Support Rakan Blogger Dengan Join Segmen/Giveaway

Sunday, March 12, 2017

Support Rakan Blogger Dengan Join Segmen/Giveaway

Support Rakan Blogger Dengan Join Segmen/Giveaway

Dah namanya blogger kan? Tak kanlah langsung tak luangkan masa untuk support rakan-rakan blogger kita. Kalau mereka buat segmen atau giveaway, kita join lah. Bukan hanya semata-mata nak menang tetapi hubungan ukhwah silaturrahim itu yang lebih utama. Inilah salah satu cara untuk hargai rakan blogger kita. Mungkin dengan cara ini, kita dapat bantu meriahkan segmen/giveaway mereka sekaligus tolong promosikan kepada pengunjung blog kita.

Bayangkan kalau dah buat segmen/giveaway tetapi tiada siapa yang mahu join? Apa perasaan kita pada ketika itu? Rasa macam nak nangis pun ada. Malu pun ada. Macam-macam ada.

Yang Mia suka bila join segmen/giveaway ini ialah Mia akan gunakan senarai peserta yang join untuk aktiviti blogwalking Mia. Sebab ianya adalah senarai blogger-blogger yang aktif. Sambil-sambil itu boleh juga kenal tuan blog yang diterjah.

Di dalam entri tahun lepas, Mia ada huraikan tentang topik join segmen/giveaway di SINI beserta contoh. Banyak sebenarnya kelebihan join segmen/giveaway ini tanpa kita sedar. Kita berblog dalam komuniti blogger bukannya seorang diri.

Bukalah minda itu, jangan malu untuk mengetengahkan blog kita pada orang lain. Sentiasa ingat dalam diri kita yang kita ini tidaklah sefamous blogger-blogger otai, jadi kena usaha untuk dapatkan lebih ramai lagi kenalan blogger di dunia blog yang sangat meluas ini. Saling bertukar pengalaman, pandangan dan pengetahuan.

Tepuk dada tanyalah selera.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih... 


** dari pena Mia Liana......

17 comments:

  1. ok akan merajinkan diri untuk joing segmen/GA kawan2 blogger lain.. tq kak mia..

    - Blog Hernee Nazir-

    ReplyDelete
  2. suka juga join. menang kalah kira tepi.hehe..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak mia. fae buat segmen pun sebab nak cari kenalan baru. kebanyakan blog fae follow ada yg tak aktif lagi :(

    ReplyDelete
  4. Saya ni mungkin blogger yg tak bagus sebab saya tak join apa2 GA. Saya suka support blogger melalui tulisan dia. Kalau tulisannya baik, tak perlu bermutu tinggi, sayalah orang pertama rasa happy sekurang2nya membaca tulisan dia.

    Masing2 ada pilihan, samada cari kawan melalui GA atau dapat kawan melalui tulisan.

    ReplyDelete
  5. cik nor klu sempat join..klu xsmpat mtk maaf bnyak2..huhu

    ReplyDelete
  6. saya memang selalu join kalau ada rakan rakan blogger buat segmen nih . hehe

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan entri sis .. kalah menang itu rezeki . Yang penting ayuh kita meriahkan segala segmen yang ada ..

    ReplyDelete
  8. Yea kak Mia.. Hadiah yang ditawarkan bukanlah keutamaan saya cuma ikatan ukhuwah sesama kita yang penting, mana tahu kot2 ada yang mendoakan kesejahteraan kita dan mungkin dimakbulkan oleh Allah.. =)

    ReplyDelete
  9. betul tu kak..tak berharap dan tak ada kisah sangat menang atau kalah..dapat jalan-jalan dan kenal bloggers lain

    ReplyDelete
  10. Salam singgah.. Jemput join segmen saya.. =)

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html

    ReplyDelete
  11. betul tue kak mia..MV join jer..kadang menang tue jarang hihi

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...yer mmg betul tu...:)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...mmg betul apa yg mia katakan tu...support blogger melalui segmen...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters March 2017