Sebelum Kita Mengeluh....



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yg tidak baik,
Fikirkan tentang seseorg yg tidak dpt berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorg yg tidak punya apapun utk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorg yg meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorg yg berada pd keadaan yg terburuk di dlm hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorg yg memohon kpd Tuhan utk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorg yg meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorg yg sgt ingin mempunyai anak ttpi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yg kotor kerana pembantu tidakmengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang org-org yg tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih & mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, org-org cacat yg berharap mrk mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari & menyalahkan org lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorg pun yg tidak berdosa.

Dan ketika kita sdg bersedih & hidup dlm kesusahan,
Tersenyum & berterima kasihlah kpd Tuhan bahawa kita masih hidup.

Post a Comment

2 Comments