image Semulia-mulia Hamba - Mia Liana

Wednesday, 20 June 2007

# Tazkirah

Semulia-mulia Hamba

GELARAN “hamba” memang melayakkan kehinaan untuk manusia yang sanggup memperhambakan diri kepada manusia sepertinya juga atau kepada dunia, nafsu, kerjaya, harta atau apa pun makhluk yang lebih rendah martabat dan kedudukan dari dirinya. Namun gelaran itu juga memberikannya setinggi-tinggi kemuliaan jika yang diperhambakan diri kepadanya ialah Allah S.W.T., Rabb yang mencipta serta mentadbir seluruh manusia, makhluk dan alam.

Menggolongkan diri dalam kelompok “hamba Allah” merupakan satu kemuliaan dan penghormatan yang sangat tinggi. Nilai sebenar kehambaan ini sudah pasti terletak pada ketaatan dan kepatuhan terhadap segala perintah dan arahan. Bukankah seorang hamba itu perlu menyerahkan diri malah hidupnya kepada tuannya, mendengar dengan patuh setiap perintah dan melaksanakan tanpa bantahan terhadap segala arahan?

Kepada siapa lagi yang lebih layak untuk diberikan kehambaan selain Allah S.W.T. yang Maha Pengasih yang telah mengurniakan segala nikmatNya; Yang Maha Mengetahui dengan menentukan sistem hidup terbaik untuk kesejahteraan manusia; dan Yang Maha Adil lalu menyediakan syurga sebagai ganjaran untuk hamba-hambaNya?

Ayat-ayat Allah S.W.T. adalah perintahnya, maka tunjukkanlah kehambaan kita dengan penuh ketundukan dan kerendahan menjunjung segala perintah dari ayat-ayatnya.

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombong diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum….” – 40 al-A’raaf.

No comments:

Post a Comment