Selepas habis exam yang terakhir hari Khamis lepas, Mia ada perbincangan dengan En Abdul Rahim, pengarah OUM Johor berkenaan pengisian laman blog OUM Johor. Blog ini masih baru lagi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

En Jamal, naib timbalan Kelab Pelajar OUM Johor juga turut ada. Sebelum balik, En Abdul Rahim ajak kami makan tengahari. Setelah sepakat lokasinya di Bandar Baru UDA. Bila dah sampai, ramai betul yang makan di Restoran Abah Beriani House. Memang sedap makan di sini, nasi berianinya tidak berat dan kurang minyak.

Apa-apa pun Mia nak ucapkan terima kasih kepada En Abdul Rahim kerana sudi belanja kami makan. Kenyang betul.






p/s: siap bungkus 1 untuk suami...