Bila dah di tahun akhir pengajian Bachelor of Information Technology, Open University Malaysia....


Bila ditanya, berapa lama belajar di OUM? Jawabnya 4 tahun. Fuiyooo lamanya. Memang lama pun. Sebenarnya Mia tak sangka, lagi 2 semester akan tamat pengajian. Macam-macam rintangan dan cabaran yang Mia lalui. Bukan senang. Pernah seketika memang ada hajat nak berhenti belajar disebabkan faktor kewangan dan juga masa yang sentiasa tidak mencukupi. Berkat dorongan keluarga, mia dapat juga hendak menghabiskan belajar  di sini.

Mia masuk OUM mulai semester Mei 2008 dan akan tamat pada semester Januari 2012. Mula-mula masuk dulu agak kekok sebab memang sentiasa kelam kabut. Mana nak siapkan assignment dan kerja yang sentiasa outstation je memanjang. Bila dah masuk semester ke 2, Mia dah boleh sesuaikan diri.

Masa belajar ini jugalah, Mia mula mengandungkan Sofea. Bayangkan berat betul dugaannya. Nak belajar pun boleh menangis sebab rasa macam tak larat pada trisemester yang pertama. Bila dah masuk trisemester yang ketiga, Mia tangguh pengajian untuk semester Mei 2009 sebab dijangka bersalin pada bulan Ogos sewaktu peperiksaan akhir semester itu. Masuk sahaja Semester September 2009, masih ingat lagi, masa tu Mia pergi kelas dengan berstokin dan berbaju sejuk, siap menggigil lagi dalam kelas. Badan masih tak kuat, tapi sayang nak ponteng kelas, rugi ilmu nanti.

Tahun lepas memang Mia dapat dermasiswa tapi hanya untuk Semester Januari dan Mei 2010, manakala Semester September pula Mia tak tepati syarat yang dikenakan, GPA kurang dari 3.67. Tidak mengapa lah sekurang-sekurangnya 2 semester dah terkecuali dari yuran pengajian. Tahun ini pula katanya Mia masih dalam senarai menunggu dermasiswa, tapi tak tahulah sampai sekarang belum lagi sampai suratnya.

Mia sebenarnya minat sangat dalam bidang programming sebab itu Mia memilih untuk ambil bidang Information Technology. Subjek-subjek lain Mia biasa-biasa aje. Tak semestinya semua subjek kita mahir dan boleh menguasai sepenuhnya, ada juga yang tidak boleh. 

Ramai juga yang bertanya apakah tips yang Mia amalkan. Yang utama sekali diri kita sendiri samada nak belajar ke tidak? Boleh sanggup hadapi risiko ke tidak? Kekuatan yang ada dalam diri sendiri tu yang paling penting. Bukannya senang tetapi tidak mustahil. Yang penting kita harus mencuba.

Mia pun sama seperti orang lain juga. Kehidupan Mia sebagai seorang pelajar OUM yang telah bekerjaya dan berkeluarga ada dalam blog ini. Tujuannya untuk dijadikan diari, panduan dan penyuntik semangat kepada mereka yang hendak ataupun sedang belajar. Mia tiada niat apa-apa pun selain dari itu. Syukur alhamdulillah, Mia dah sampai ke tahap ini dan hampir ke penghujungnya. Berkat kesabaran dan pengorbanan seluruh ahli keluarga.

Post a Comment

13 Comments

  1. high risk.. high return :) semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Suka dgn semangat kamu...tahniah dh hampir sampai ke garisan penamat :)

    ReplyDelete
  3. wow!!!~ supermak!!! hehe...
    btw, bsusah2 dahulu, bsenang2 kemudian. Ad yg terbaik menunggu akak. =)

    ReplyDelete
  4. wow!memang sanggup menempuh risiko hanya untuk mengejar cita²..way to go Mia..^^v

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tahniah dapat mengharungi dugaan tu..xlama dah.. ;)

    ReplyDelete
  6. Tahniah! suka tengok org yg penuh semangat dan keazaman macam Mia ni..Moga Allah permudah kan dan selamat berjaya ye.:)

    ReplyDelete
  7. Belajr sambil pregnant ok
    belajar sambil jaga anak...agaks susah sket

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... n tahniah pada sis mia.. *_*

    ReplyDelete
  9. Mia, saya buat BIT kat UIA pun amik masa 4 tahun jugak. tapi..single..tanpa halangan anak/keluarga..errr

    ps:Semoga sukses!

    ReplyDelete
  10. congrat sis...saya pun nak sambung belajar tapi x tahu bila huhu

    ReplyDelete
  11. terima kasih... terima kasih semua... demi mengejar cita-cita perlukan pengorbanan dan kekuatan mental dan fizikal... tak sabar betul nak habiskan belajar...

    p/s: jeles dengan pelajar sepenuh masa. banyak masa boleh belajar...

    ReplyDelete