Mia nak ucapkan tahniah kepada Utusan Online kerana menganjurkan Kempen Hias Laman Web/Blog sempena Hari Kemerdekaan Ke - 54. Mia dapat tahu pun daripada blogger Feroz yang telah pun memasuki kempen ini, kalau tak.. Mia pun tak tahu tentang kempen ini. Ramai juga blogger yang menyertai kempen ini ditambah pula dengan hadiah yang lumayan. 

Tahun lepas pun, Mia hias blog dengan suasana merdeka tetapi tahun ini lagi meriah sebab Mia masuk Kempen Merdeka 2011 Utusan Online. Yang penting semangat kemerdekaan yang perlu diterapkan dalam diri kita. Tiada maknanya kemerdekaan itu, jika kita semua tidak kibarkan jalur gemilang. Walaupun hanya di blog, tetapi sumbangannya amat besar sekali bagi Malaysia. Tersebar ke merata dunia. Banggalah menjadi rakyat Malaysia.


Inilah penyertaan Mia dengan menampilkan gambar header dan background blog yang bercirikan 1 Malaysia sambil mengibarkan jalur gemilang. Keterangan gambar turut disertakan.

Kempen ini selama 2 bulan mulai Ogos sehingga September 2011. I'm proud to be Malaysian!!