Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 - Happy Birthday Malaysia

Header blog ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke - 54

Wahhhh.... gembiranya tidak terkata. Serentak dengan sambutan Hari Raya, kita juga meraikan Hari Kemerdekaan yang ke - 54. Selamat Ulang Tahun Malaysia. Happy Birthday Malaysia. Mia harap semua warga Malaysia dapat meraikan hari yang paling bersejarah ini, tanggal 31 Ogos 2011. Betapa pentingnya pengorbanan wira-wira di masa yang begitu memperjuangkan hak sehingga ke titisan darah yang terakhir. 

Terdetik di hati ini, apakah sumbangan yang boleh diberikan di masa ini? Hanya dapat meraikan hari bermakna ini dengan penuh penghormatan dan penghayatan. Betapa Malaysia hidup aman dan damai kini hasil dari usaha padu dan gigih mereka, perajurit tanahair.

Marilah kita sama-sama memeriahkan suasana hari kemerdekaan kita dengan mengibarkan jalur gemilang walaupun hanya di dalam blog. Semangat cintakan tanahair perlu dipupuk sehingga ke anak cucu.

Template blog ini yang bercirikan 1 Malaysia

Tunggu apa lagi? Jom kibarkan jalur gemilang kita ke serata dunia... Sayangi dan cintai Malaysia... Malaysia tanahairku....

Post a Comment

7 Comments

  1. Wahh...semangat patriotik giteww...Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 mia..
    Oh ya!Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin..^^

    ReplyDelete
  2. wah..cantiknye blog die..semangat patriotik lor..huhu..apa-2 pon, selamat hari raya dan selamat hari medeka yg ke 54 :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya & salam hari merdeka Mia!

    ReplyDelete
  4. Terbaik
    Selamat Hari Raya Dan Salam Merdeka

    ReplyDelete
  5. wah..ni confrim menang ni...muhibbah sungguh..hehe..salam aidilfitri & salam merdeka :-)

    |MERDEKA-RAYA Kita!!|

    ReplyDelete