Mia rasa dah boleh relaks sedikit sekarang ini apabila protege kedua Mia, Farah dah pun berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Tahniah ya Farah.... nampak sangat berusaha betul-betul untuk mencapai target ini.


Banyak perubahan yang telah Farah lakukan ke atas blog. Selepas habis pantang bersalinkan Ash, Farah bangkit semula berblog dan menyelesaikan tugasan-tugasan yang tertangguh. Bukannya senang, tapi cabaran ini telah dapat diatasinya dengan pengurusan masa yang cekap. Memang pada mulanya, Farah macam dah give up, memang penat tapi suntikan semangat yang tak putus-putus dari Mia maka tercapailah target yang diingini. I'm proud of you...

 mentor yang sangat teliti dan garang ni....