Terus-terang Mia ingin katakan tujuan utama Mia mendidik protege adalah untuk menyambung legasi Mia di dunia blog. Didikan ini bukanlah kerana nama atau duit semata-mata. Tiada bayaran sesen pun. Didikan ini penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Mia tidak pernah menganggap diri ini pakar dalam blog. Masih ada ramai lagi blogger-blogger otai di luar sana yang lebih hebat dari Mia.

Berkat usaha dan didikan Mia, keempat-empat protege Mia iaitu Eraz, Farah, Ainim dan Sally pernah berada di bawah ranking 100,000 Alexa Global dan 500 Alexa Malaysia. Maksudnya Mia berjaya mendidik dengan kudrat yang ada, dengan komitmen lain, dengan masa yang dapat diluangkan bersama, tercapailah cita-cita Mia. Syukur, alhamdulillah.

Cuma sekarang ini bila dah habis tempoh didikan, masing-masing kadang sibuk dengan tugas dan komitmen lain, itu yang ranking ada yang merosot sedikit dan ada yang maintain. Mia sentiasa berikan sokongan dan yakin mereka boleh manfaat ilmu itu dengan sepenuhnya.

Hala tuju blog mereka, terpulang pada mereka sendiri. Mia tidak janjikan apa-apa. Mia hanya curahkan ilmu berblog berdasarkan kepada pengalaman yang ada. Mia tidak bolehlah nak paksa atau kongkong aktiviti berblog mereka. Manalah tahu kot-kot dah berjaya kelak, terlupakan Mia ke... sekurang-kurangnya ada juga diari mentor di blog ini sebagai kenangan. Bukannya nak macam itu, tetapi segelintirnya akan begitu.. habis madu sepah dibuang. Mia dah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang dan redha. Anggap saja ilmu di dalam diri itu mengalir kepada orang lain, selagi ianya digunakan selagi itu kita akan mendapat keberkatanNya. Eh! Dah macam drama kat tv pula. Jangan bimbang Mia tetap seperti biasa. Hanya akan melihat perkembangan mereka dari jauh.

Rindu pula pada saat itu. Saat di mana Mia ajar semua protege. Teringat bagaimana kami boleh beronline sampai ke tengah malam. Teringat usaha gigih mereka menyiapkan tugasan protege. Kenangan itu terpahat di memori. Sayang sangat kat mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka.

Untuk pencarian protege yang seterusnya (kelima), hanya seorang blogger saja dan juga merupakan protege terakhir Mia. Masa amat mencemburui Mia. Tak dapat nak ambil lagi selepas ini. Identiti protege kelima masih dirahsiakan sehinggalah Mia umumkan nanti.

Apa-apa pun, terima kasih sudi belajar dengan Mia, sanggup layan karenah Mia yang teliti dan cerewet ini. Mia rasa impian 2 tahun lepas untuk jadi mentor dah tercapai sekarang ini. Rasa puas dan syukur sangat.

they're my precious.. no matter what..