Aktiviti Khidmat Sosial Untuk Gelandangan Di Sekitar Bandar Johor Bahru


Alhamdulillah... Mia telah join aktiviti khidmat sosial untuk gelandangan di sekitar bandar Johor Bahru tengah malam tadi sehingga ke awal pagi. Sumbangan makanan minuman dan barang keperluan yang telah berjaya dikumpulkan beramai-ramai untuk gelandangan sempena Maal Hijrah 1438H.

Bermula jam 12.00 tengah malam tadi dengan lokasi pertama di terminal bas Larkin. Ramai juga yang tidur di kaki lima dan bangku duduk.






Lokasi seterusnya di sekitar City Square, Merlin Tower, celah-celah bangunan Jalan Wong Ah Fook, Kotaraya. Berpeluh jugalah jalan kaki ramai-ramai sambil berikan sumbangan kepada gelandangan. Sempat juga interview tanya berapa lama dah jadi gelandangan.. kenapa boleh macam tu. Ada yang oku.. Ada orang tua... Ada yang merantau tapi dah diberhentikan kerja.. Ada yang baru merantau ke sini tak mampu nak sewa bilik.. pendek kata begitu tabah mereka menghadapi kesempitan dan kesulitan demi meneruskan kelangsungan hidup di bandar Johor Bahru.















Siapa sangka.. di keheningan sunyi tengah malam bandar Johor Bahru wujudnya golongan gelandangan dari pelbagai bangsa hidup harmoni di sini.

Sangat terkesan di jiwa ini. Sedih dan kagum dengan cara hidup mereka. Mereka pun tidak minta untuk hidup begini. Syukurlah kita ini hidup ada rumah.. ada kerja.. ada keluarga...

muhasabah diri...

Post a Comment

11 Comments

  1. alhamdulillah kak mia..semoga dengan bantuan mcm ni dapat meringankan sedikit beban mereka

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...alhamdullilah dpt juga meringkn bebanan mereka...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... tersentuh sangat jiwa ini... kesian tengok diorang...

      Delete
    2. yer la bila tengok mereka baru tahu ada org yg lebih susah dr kita kn...:)

      Delete