Kisah semalam tengahari... Mia baru dapat kesan ada satu blog klon yang ambil 100% peratus kandungan blog ini dengan 3,114 entri yang diklon. Banyak sangat tu. Terus tak ada mood nak makan tengahari. Makan aiskrim sundae coklat untuk tenangkan diri.

Lepas dah tenang, cepat-cepat Mia isi form dan buat report tapi akan ambil masa yang agak lama. Untuk lagi cepat, Mia dicadangkan untuk buat satu entri mengandungi kod yang dinyatakan bagi membuktikan yang blog mialiana.com ini adalah blog yang original.

Antara snapshot blog klon itu..

Entri sebenar di SINI

Entri sebenar di SINI dan SINI

Total 3,114 entri yang diklon


Maka muncullah entri Blog Ownership di SINI. Selepas seketika, barulah yang klon itu ditutup dan tidak dapat diakses. Alhamdulillah.... syukur...

Sayang sangat kat blog ni. Rasa betul-betul down bila kena klon. Untuk makluman, ini ada kali kedua blog ini diklon. Sebelum ini, pernah kena klon pada akhir tahun 2014. Kisahnya ada di SINI.

** mujur cepat bertindak... kalau tak, ranking dan prestasi blog boleh jatuh dengan mendadak...